Harapan syawal tahun ini x seperti yang aku jangka kan...klu aku tahu lambat sikit mungkin akan berlaku sesuatu yang baik...tp tu cume dugaan hati aku je..mesti ade hikmah nye aku tahu awal...tp pada aku mcm x ckup awal...tp kenapa aku mesti dpt tahu pg raya ye...sgt2 menggangu mood raya aku...mybe tu la yg Allah tetapkan untuk aku raya tahun ni...sabar separuh daripada iman...walau hati ini sgt2 terkilan dan aku cuba sedaya upaya menyembunyi perasaan tidak senang depan org ramai....tp ibuku masih dpt menangkap ape yang terbuku di hati ni...tanpa aku beritahu...die yang seakan boleh mengagak masalah yang terbuku di dalam hati ni...walaupun die x ckp terus terang...tp nasihat die tepat menyentuh masalah yang aku benamkan di dalam hati ini...itulah kelebihan seorg ibu yang dapat melihat dan membaca segala msalah yang dihadapi oleh ank2 die...tiada org yang lebih memahami aku selain ibuku sendiri.
Bercakap tentang ibu,pagi jumaat td aku dikejutkan dengan pemergian ibunda sahabat rapat ku akibat sakit buah pinggang...arwah ibunda die telah selamat dikebumikan jam 10.30 pg jum td...arwah meninggal jam 3.45 pg jum...aku dekat sini x tau x tolong sahabt baik aku ni mcm mner...tp aku tlong usahakan untuk mmberi tahu rakan2 die yang aku knal moga mereka semua dpt sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunda tercinta die...perkara ini membuat kan aku sedar dari tidur di saat aku kehilangan cinta di pagi syawal, ade org lain yang menghadapai kehilangan yang lg besar dari ape yang aku lalui...pemergian seorang ibu adalah kehilangan terbesar dalam kehidupan seorg ank lelaki...jgn sangka lelaki tidak mengalirkan air mata atas pemergian ibunda tercinta bermakna lelaki tidak sedih...tetapi di dalam hati seorg ank lelaki,die pasti menangis semahu-mahu nya cuma ianya tidak kelihatan di wajah mereka.
Moga arwah ibunda Bob ditempatkan di kalangan org2 yang beriman di syurga.Al-Fatihah buat arwah ibunda bob. Salam Takziah biat bob dan keluarga beliau, byk2 bersabar dan kuatkan semangat ko bob. redha dgn ape yang terjadi...semua yang berlaku ade hikmah nya.amin~~~
 |
| Bersama mmber baik aku, Bob a.k.a Khairul a.k.a Che Mat |