NuffnangAds


About Me

My photo
Ini cerita tentang Shah Kamui.Dilarang mengumpat, memaki hamun, mengutuk, mengejek serta menghina sesama manusia dan jangan perasan diri anda itu sempurna sangat. Digalakkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman anda di dalam blog saya ini. Sekian, Terima Kasih :) You Support My Blog, I Support Your Blog. Fair and Square :))

Sunday, 26 August 2012

Mimpi~~~

Salam semua...hari ini aku telah mimpi sesuatu yang menakutkan dan sgt merisaukan aku. Kali pertama berasa tidak senang dengan mimpi sebegini. Aku bangun mengerjarkan solat sunat minta perlindungan dari yang Maha Esa untuk diri si dia. Aku sangat risau jika terjadi apa-apa kepada si dia. Ya-Allah, tolong lindungi si dia dari segala bahaya dan godaan syaitan, kuatkan iman si dia Allah. Aku terlalu takut mendengar berita yang kurang baik tentang si dia Ya-Allah. Jauhkan diri si dia dari segala kejadian yang tidak di ingini. Hantarlah mailakat-Mu untuk menjaga si dia Ya-Allah. Aku terlalau sayangkan si dia. Aku cuma mahukan si dia bahgia dalam kehidupannya Ya-Allah. Aku berdoa kepada-Mu Ya-Allah, teguhkan kan iman dan pegangan si dia, lingdungilah dia dari sebarang maksiat dan zina serta jauhkan lelaki yang berniat jahat kapada die Ya-Allah. Hanya kepada-Mu aku tempat aku mengadu, meminta dan mengharap Ya-Allah. Amin~~~

p/s : moga tidak berlaku perkara yang buruk ke atas diri dia.amin~~~

Saturday, 25 August 2012

Harapan~~~

Harapan syawal tahun ini x seperti yang aku jangka kan...klu aku tahu lambat sikit mungkin akan berlaku sesuatu yang baik...tp tu cume dugaan hati aku je..mesti ade hikmah nye aku tahu awal...tp pada aku mcm x ckup awal...tp kenapa aku mesti dpt tahu pg raya ye...sgt2 menggangu mood raya aku...mybe tu la yg Allah tetapkan untuk aku raya tahun ni...sabar separuh daripada iman...walau hati ini sgt2 terkilan dan aku cuba sedaya upaya menyembunyi perasaan tidak senang depan org ramai....tp ibuku masih dpt menangkap ape yang terbuku di hati ni...tanpa aku beritahu...die yang seakan boleh mengagak masalah yang terbuku di dalam hati ni...walaupun die x ckp terus terang...tp nasihat die tepat menyentuh masalah yang aku benamkan di dalam hati ini...itulah kelebihan seorg ibu yang dapat melihat dan membaca segala msalah yang dihadapi oleh ank2 die...tiada org yang lebih memahami aku selain ibuku sendiri.

Bercakap tentang ibu,pagi jumaat td aku dikejutkan dengan pemergian ibunda sahabat rapat ku akibat sakit buah pinggang...arwah ibunda die telah selamat dikebumikan jam 10.30 pg jum td...arwah meninggal jam 3.45 pg jum...aku dekat sini x tau x tolong sahabt baik aku ni mcm mner...tp aku tlong usahakan untuk mmberi tahu rakan2 die yang aku knal moga mereka semua dpt sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunda tercinta die...perkara ini membuat kan aku sedar dari tidur di saat aku kehilangan cinta di pagi syawal, ade org lain yang menghadapai kehilangan yang lg besar dari ape yang aku lalui...pemergian seorang ibu adalah kehilangan terbesar dalam kehidupan seorg ank lelaki...jgn sangka lelaki tidak mengalirkan air mata atas pemergian ibunda tercinta bermakna lelaki tidak sedih...tetapi di dalam hati seorg ank lelaki,die pasti menangis semahu-mahu nya cuma ianya tidak kelihatan di wajah mereka.

Moga arwah ibunda Bob ditempatkan di kalangan org2 yang beriman di syurga.Al-Fatihah buat arwah ibunda bob. Salam Takziah biat bob dan keluarga beliau, byk2 bersabar dan kuatkan semangat ko bob. redha dgn ape yang terjadi...semua yang berlaku ade hikmah nya.amin~~~

Bersama mmber baik aku, Bob a.k.a Khairul a.k.a Che Mat

Monday, 20 August 2012

Raya kekosongan~~~

Raya dalam kekosongan tahun ini...itulah perasaan aku sekarang ini...tiada semangat dan minat untuk beraya tahun ini...di sebalik wajah yang terukir senyuman palsu...mengalir air mata hati yang tidak berhenti sejak pagi syawal yang mulia...tidak tertahan perasaan rasa bersalah dan menyesal  yang lahir di lubuk hati ini...cubaan untuk menghilangkan wajah si die di dalam memori otak ku ini semakin hari semakin membuatkan aku parah yang mewujudkan luka-luka besar yang bakal menigglkan parut-parut dalam kekal yang mungkin tidak akan hilang selama kewujudan diri ini di atas muka bumi...berasa diri tidak berpijak lagi di bumi nyata ini...seperti roh ini sudah terbang meninggalkan jasad hanya wujud untuk menyatakan kewujudan diri ini...aku sedar diri ini sekadar layak untuk menjadi penyelamat si dia tetapi bukan pemberi kebahgiaan kepada diri dia...ya, hanya penyelamat yang tidak dilihat sebagai "Hero" tetapi sebagai seorang yang tidak dikenali yang hanya singgah untuk beberapa ketika di dalam hidup dia sebagai peneman sehingga datang "Hero" sebenar yang menuntut hak ke atas dirinya tanpa memerlukan kebenaran aku...kelayakakan yang ada pada diri ini tidak mampu untuk menjadikan sebagai bidadari dunia aku...kelayakan yang ada pada diri ini sekadar mampu untuk melihat dia pergi mencari kebahgiaan yang sedang menungggu dia di hadapan mata aku ini....pemergian dia di dalam hidup ini sangat memberi kesan dalam mencorak kehidupan aku pada masa akan datang...semoga kewujudan aku ini tidak sia-sia dan dengan ini aku mengambil kesempatan yang tersedia mendoakan kebahgiaan dan segala kebaikan akan melimpah ke atas dirinya...walau tiada jasad,roh ini akan mendoakan dia di atas sana...andai aku menjadi mailakat...akan aku menjaga dia selama kewujudan dia di atas muka bumi ini...andai aku satria melayu akhir zaman...akan aku melindungi diri dia dengan tangan dan tubuh aku ini...andai aki lelaki pilihan dia sekali lagi...akan aku jadikan dia wanita yang terbaik di dunia ini...andai aku sebuah labtop...akan aku delete file bernama die selama-lamanya. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari diri ku kepada si dia T.T

Sunday, 19 August 2012

WARKAH TERAKHIR~~~

WARKAH TERAKHIR

Ya-Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Hamba2-Mu ini....berikan lah kekuatan ke atas diri ku ini Ya-Allah ke atas segala ujian dan dugaan yang Engkau turun keatas diriku ini Ya-Allah...tenangkan lah diriku ini Ya-Allah...kuatkan Iman ku ini Ya-Allah...berikan pentunjuk di atas segala kejahilan dan kenaifan yang telah aku lakukan Ya-Allah...berikan Taufik dan Hidayah ke atas diriku ini Ya-Allah...tabahkan lah hati ku ini Ya-Allah...pertemukan aku dgn wanita yg terbaik untuk ku Ya-Allah...aku memohon hanya kepada-Mu Ya-Allah...aku redha kepada -Mu Ya-Allah...berikanlah kebahgian kepada die yg terlalu ku syg Ya-Allah...aku terima segala takdir yang Engkau tentukan untuk ku Ya-Allah...aku cume hamba-Mu yg lemah dan hina Ya-Allah...angkatlah darjat ku ke sisi-Mu Ya-Allah...sesungguhnya aku telah kehilangan insan yg aku cinta Ya-Allah...tolonglah hamba-Mu ini Ya-Allah...aku momohon ampun kepada Ya-Allah...Aku bertaubat kepada-Mu Ya-Allah...terlalu byk dosa yg telah aku lakukan kepada-Mu Ya-Allah...dengar lah rintihan hamba-Mu ini Ya-Allah...bantu lah hamba-Mu ini Ya-Allah...beri lah peluang untuk ku  Ya-Allah...aminnn~~~

Saturday, 18 August 2012


Assalamualaikum w.b.t pada korang sume...Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa kita semua pada tahun ni. Bersyukur yang teramat sangat pada Allah s.w.t ke atas kesempatan yang diberikan pada diri ini untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Hati ini berasa sedih dan sebak bila megenangkan hari ini adalah hari terakhir Ramadhan. 1 Syawal menjelma lagi tahun ini. Kebanyakan umat islam sedang sibuk menyiapkan juadah untuk menyambut hari raya pasa esok hari. Anak2 perantauan kebanyakan sedang pulang ke kampung halaman untuk bertemu ibunda dan ayahanda serta sanak saudara. Walaupun begitu, kite perlu ingat saudara-mara di perantauan yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung. Doakan yang terbaik untuk mereka. Di sini saya ingin mengabil kesempatan menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf pada korang semua atas salah dan silap yang pernah saya lakukan sama ada sengaja atau pon tidak. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati dengan limpah kurnia dari Allah s.w.t. Jangan lupa ya, esok pagi pergi masjid ramai2 sembayang raya...baru lah terasa nikmat hari raya besok hari klu pergi sembayang raya kan. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI SEKELUARGA ;)~

Monday, 6 August 2012

Pindah Rumah~~~

Aihhh~~~leceh betul kene pindah rumah di bulan puasa dekat2 raya ni...baru jer nak saving duit gaji bulan lepas dah kne pakai habis bayar deposit rumah...tension betul la...kalau x, leh shopping raya dan bagi mak duit sikit.aduihhh,xde rezeki lagi la jwb nyer tahun nie nk beli baju raya baru...pkai je la baju raya 4 tahun lepas...huhuhu. Tapi xpela, org kate jgn merungut sangat kalau xde rezeki...so, aku redha je la...nk wat mcm mane kan.dah bende nk jadi...sabar je lah~~~

Tahun lepas dh la byk dugaan,even tahun nie lebih baik dari tahun lepas...tapi still x dpt shopping raya. Aihh, dah 4 tahun dah x shopping raya mcm nie...huhuhu. Harap lepas ni ade la rezeki akan dtg lg ye...aku mntak doa byk2 mntak diturunkan rezeki ke atas aku dan juga keluarga aku.amin~~~

Puasa pon tggl dalam 12 hari je lagi...so, harap masih ade rezeki lagi yg akn menunggu aku sblum mula raya nnt. Pasa korang yg x penah miss shopping sakan tiap2 tahun tu...beringat lah korang bila mane korang tgj bergumbira shopping raya, masih ramai lagi yg tidak bernasib baik seperti korang. Bersyukur atas apa yg Allah SWT berikan pada korang...jgn nk merungut2 sgt ok...hahaha.

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN ;)~

Wednesday, 1 August 2012

I Know I'am Sexy ~~~



Bangun tido bosan,trus shoot gmbar sendiri...hahaha


Sunday, 29 July 2012

Malam Ramadhan ke-10 ~~~

Muka happy dapat air Lai Che Kang...hahaha ;)~

Balik dari Tarawih trus ngadap labtop sambil pekena Lai Che Kang....Terbaikkk!!! ;)~

Orang Giler ;)~~



Bulan pose ni pon ade gak org giler mcm ni...agak nye die xde kje lain kot nk buat selain maki hamun org. Siap buat fitnah lagi tu...tp ayat die bila maki hamun berterabur truk la...ssh btul aku nk memahamkan nyer...die nie kne msuk kelas peralihan kot belajar bahasa melayu balik...hahaha :)~

Saturday, 28 July 2012

Friday, 27 July 2012

Thursday, 26 July 2012

Berbuka Puasa Bersama Keluarga ~~~

Assalam muailakum wbt...al-kisah 22hb-24hb lepas bersamaan 02-04 Ramadhan aku telah pulang ke kampung dengan niat yang suci lagi murni untuk berpuasa bersama mak dan ayah...hahaha. Memag best giler kan bila anak perantauan pulang ke kampung pastu dapat lak berbuka puasa dengan mak ayah tercinta lagi disayangi...baru la meriah org kate. Hari kedua kat kampung kitorang berbuka dekat rumah nenek plak...memg bertambah meriah lah berbuka masa tu. Nenek pon happy jer kan anak ngan cucu die berbuka dgn die kat rumah. Mak bawak mee hun dengan tauhu sumbat atas request nenek. Nenek lak masak nasi lauk daging kari, ikan baung masak cili api ngan sayur campur. Pastu ade plak kuih feveret aku iaitu karipap...hahaha. Kuih ni tiap-tiap tahun berbuka mesti kena rasa punya. Tapi dalam banyak-banyak karipap, karipap mak aku buat paling terbaikkkk!!!....;)~

Ahhh...lupe nk cerita malam hari aku sampai kampung tu aku g tengok wayang cerita The Dark Night Rises dengan akak dan abang Y (abang ipar) dekat Kluang Mall. Kitorang tgk midnight movie kul 12.10 am sampai dekat kul 3 baru habis. Memag terbaik giler lah cerita Batman kali ni tp yang kelakar nya abang ipar aku leh kantoi lah rakam cerita tu mase sedap batman tengah fight ngan Bane. hahaha....potong stim betul lah abang ipar aku ni. Nasib bek leh setel. Takpe bang Y, nnt saya tolong download kan cerita batman ni tok abang ye. Abang tgk la puas-puas nnt. kakakaka~~~

Hari - 3 kat kampung, aku dh nk kena balik KL balik. Malas giler rase time tu nak bangun. Tp kena balik gak...huhuhu. Kul 1 lebih gerak dari rumah, cium peluk mak sume then akak tolong hantar g bustand. Sampai jer terus beli tiket kat tingkat atas dapat kul 2 bas KKKL. Aku turun bawah cari bus...dh jmper trus naik and duk diam-diam dalam tu sampai bas gerak. Masa dalam perjalanan tu, driver bas memanjang je hisap rokok...giler bangang betul lah driver ni...bulan puasa kot...nk hisap rokok tunggu berbuka kang la...serius shit bangang giler dpt driver mcm ni x faham bahasa. Penumpang yang duduk depan sume lari seat belakang pasal x tahan bau asap rokok. Siap ade penumpang Chinese sorang ni tye aku lg, "itu orang x puasa ka?kalu puasa x leh hisap rokok kan"...ape aku nk jwb...cina pun tau klu pose x leh hisap rokok...bengong nyer driver...cina tu lagi pandai dari ko...hahaha.

Nak dijadikan cerita...kul 5 lebih aku sampai TBS-BTS...singgah surau jap solat Asar then trus g LRT Star. Dalam kul 6 gak lah sampai rumah. Penat memg penat tp berbaloi sebab dapat berbuka dengan family dekat kampung. ;)~~

Selamat Berbuka Puasa (Ramadhan 06)

Ayam tu bkn hangus k, bila dh edit nmpak mcm hangus plak...hahaha

Selamat Bersahur (06 Ramadhan) ~~~


Wednesday, 25 July 2012

Bersederhana Bila Berbuka ~~~

Jemput Makan Jemput-Jemput ;)~

Balik Puasa Di Kampong ~~~

Ruang Legar + Kaunter Beli Tiker

Permandangan di luar TBS-BTS. Dekat Bawah tu Stesen ERL.

Signboard TBS-BTS

Ruang Menunggu Bas Aku ;)~~

22hb - 24hb bersamaan 3 hari 2 mlm aku balik ke kampong halaman untuk berpuasa bersama mak dan ayah di kampong. walaupun rase sekejap sgt tp sempat jugak berbuka dekat rumah nenek 23hb tu...memg makan kaw2 punyer...hahaha. Mase menunggu bas dekat TBS-BTS tu pon memg ramai giler org. Yela, aku balik hari ahad kan.memg berpusu-pusu la org balik. Risau jer x dpt tiket balik tp nsib bek ade...aku kluar rumah kul 2 ptg,smpai TBS-BTS kul 2.30 ptg... trus g tgk tiket dpt kul 3 ptg ke Kluang,Johor Naik bus KKKL. Sementara tggu kul 3 tu sempat aku g surau jap solat Zohor. Pastu lepak2 kat ruang legar TBS-BTS tu tembak beberapa gmbar then trus g ruang menunggu bus aku. lepak2 dengan org yg agak ramai gak. Bus pon lewat 15 minit smpai tp xpela janji smpai gak kan.kul 3.15 gerak dari BTS-TBS smpai rumah mak kul 5.30 ptg. Mak smbut ank die balik dgn senyuman. Terbaikkk!!! ;)~~

Sunday, 22 July 2012

Slamat Bersahur ( 02 Ramadhan) ~~~


Jom rase home-made meggi goreng aku...huahuahua.terbaikk!!!
SELAMAR BERSAHUR SEMUA!!!~~~

Saturday, 21 July 2012

Selamat Berbuka ~~~


Berbuka biarlah bersederhana ;)~

Selamat Bersahur ~~~


Juadah bersahur hari pertama dalam bulan Ramadhan 2012 aku adalah sebotol air mineral berserta coklat cadbury dari langkawi.Syukur + Terbaik!!! ;)~

Jadual Berbuka Puasa dan Waktu Imsak 2012~~~

Kemaskini senarai disini: Download Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012/1433H



Kemaskini: 21 Julai 2012


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri seluruh Malaysia mengikut Zon untuk tahun 2012/1433H :

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI MELAKA


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI JOHOR 


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI  PERAK 


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI SARAWAK 


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI SABAH




JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI KELANTAN 


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI SELANGOR 


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI  PAHANG 


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI PERLIS


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI SEMBILAN 


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI KEDAH 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...