NuffnangAds


About Me

My photo
Ini cerita tentang Shah Kamui.Dilarang mengumpat, memaki hamun, mengutuk, mengejek serta menghina sesama manusia dan jangan perasan diri anda itu sempurna sangat. Digalakkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman anda di dalam blog saya ini. Sekian, Terima Kasih :) You Support My Blog, I Support Your Blog. Fair and Square :))

Saturday, 30 July 2011

This is part of my life called : I'm Not That Man

SEPI...sejak aku tinggalkan dia,hidup ini bertambah sepi...setiap malam mimpi tentang die semacam menjadi satu kewajiban untuk aku sentiasa di ingatkan tentang perasaan yang pernah dia taburkan pada aku dulu...Tidak tahu kenapa boleh jadi mcm ini...mmpi yngg penuh makna yang mana kadang kala membuat aku gembira tersenyum keseorangan dan kadang kala membuat aku mengalir air mata bila tersedar dari tidur. Mimpi ini seperti satu balasan terhadap aku kerana telah melukakan hati dia yang kecil dan putih suci. Tp, pada aku...perpisahan ini adalah lebih baik berlaku sekarang berbanding kemudian hari kerana kesan nya akan akan bertambah besar berbanding sekarang. Walaupun sakit, tapi aku masih mampu menanggung kesakitan ini buat masa ini...semuanya salah aku kerana aku yagn mahukan perpisahan ini berlaku tapi bukan lah untuk kebaikan diri aku sendiri tapi untuk dia hidup lebih bahgia berbanding ketika bersama aku dulu. Semakin lama semakin banyak perbezaan yang dapat aku lihat antara kita yang bakal merosakkan hubungan in kelak...4 tahun lebih sudah berlalu, aku akhirnya terpaksa melepaskan dia supaya die sedar aku tidak layak untuk bersama dia lagi. Aku bukan lagi lelaki yang mampu bahgiakan dia...aku bukan lelaki yang mampu buat die tersenyum, aku bukan lelaki yang mampu menjaga hati die, aku bukan lelaki yang di Allah perkenankan jodoh kami...aku bukan lelaki itu. Maaf sebab telah banyak memberi harapan-harapan palsu pada dia. Aku pasti dia masih sayang aku tp maaf, walaupun hanya dia seorang yang aku cinta hingga sekarang tapi aku x sanggup nk teruskan hubungan yang tidak mendatangkan manfaat dan kesenangan kepada dia. Aku tidak boleh mementingkan perasaan cinta aku pada dia dan menyebakan dia merana pada masa akan datang. Hari aku meninggalkan dia, die sangat marah pada aku...macam2 tomahan die lemparkan pada aku...aku simpan semuanya dalam hati aku...tidak aku balas satu pon tuduhan dia sebab aku mengerti die perlukan masa untuk memahami aku yang aku cuba lakukan untuk dia sebenarnya...hanya masa yang menentukan sama ada tindakan aku melepaskan die adalah betul ataupon salah. Aku benci die sebab aku cinta dia. Cinta yang x pernah padam untuk dia seorang sahaja bersama doa2 kebaikan yang aku iringkan bersama pemergian aku. Doa semoga aku dapat bertemu dia lagi pada masa akan datang...amin~~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...